Saturday, May 1, 2010

Grad Lagi








Alhamdulillah bersyukur kepada Nya kerana telah berjaya memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan Sijil Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kuching Sarawak. Terima kasih kepada tenaga pengajar kursus, pihak asrama, tidak lupa terutamanya ibubapa, adik beradik, teman, kawan-kawan dan sahabat handal.

Dengan segulung diploma, aku akan berusaha mencari pekerjaan tetap serta gaji yang sepadan dengannya. Aku tidak akan lemah untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Dengan itu juga aku amat bersyukur dengan pekerjaan yang ada sekarang. Aku sekarang sudah mempunyai eset kehidupan harian dan perlu bertanggungjawab untuk membayainya setiap bulan selama sembilan tahun.

Sesungguhnya, sekarang aku perlu mencari dan mempelajari lagi dan terus mencari ilmu dari bahan bacaan, kajian dari internet, membuat ulangkali sendiri,, bertanya, dan sebagainya aku berharap boleh membantu aku terus berusaha memperolehi kejayaan.

Aku harus menunjukkan kebolehanku dalam bidang-bidang yang lemah, dan terus berusaha untuk memperbaikikan supaya ia boleh menjadi sesuatu pengajaran hidup diriku ini. Aku berdoa agar cita-citaku tercapai menjadi seorang Jurutera ataupun seorang yang berjaya dalam hidup.