Wednesday, April 20, 2011

Yuna - Gadis semasa on hitz session




Gadis Semasa

Seperti sekian maklum, gadis semasa yang di panggil gadis masa kini juga banyak mempunyai cita-cita yang tinggi. Bermulanya dari pekerjaan yang pertama, mereka telah mengidam-idam keperluan hidup. Dari situ juga gadis semasa, memikirkan tentang kehidupan mempunyai aset sendiri. Melaluinya dengan usaha sendiri dan di bantu kawan-kawan. Gadis semasa, jika tidak pandai mengawal diri sendiri dalam arus teknologi moden /digital ini memang akan tenggelam atau terubang ambing. Dimana ada kemahuan Disitu ada Jalan, peribahasa ini boleh diguna pakai sekiranya gadis semasa itu berbekalkan ilmu, agama, dan akhlak yang baik dan betul. Tidak kesemua gadis semasa ini berjaya dengan maju malah ada yang penuh dengan masalah kehidupan dan keluarga dan sebagainya. Gadis semasa seharusnya pintar untuk berfikir di dunia yang nyata, kerana jika tersilap langkah mereka akan hanyut megikut teman-teman yang leka dan yang bermasalah dari segi sosial. Oh! gadis semasa jangan la terlalu mengikut nafsu dunia semata-mata. Kerana boleh melalaikan kamu jika engkau tidak sedar, jangan la terlalu boros, sehingga tidak ingat untuk menyimpan. Boleh dilihat hampir 95% gadis semasa mempunyai teman lelaki. Wahai gadis semasa memimilih, buat la pilihan seperti engkau memilih apple yang licin tampak cantik penuh dengan tanggungjawab, penyayang, memahami, baik budi bicara dan baik dari segi ekonomi. Moga-moga gadis semasa pada msa kini berfikir dengan jaya untuk masa depan dirik sendiri. Dengar la video clip Yuna - gadis semasa.