Saturday, November 28, 2009

Tunjang Ekosistem, Batu Karang, bukan cuma hiasan dasar laut

Seperti hidupan air lain, terubu atau batu karang juga diancam kepupusan akibat aktiviti manusia seperti perikanan dan pecemaran. Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan sebagai tunjang ekosistem laut sehingga langgkah memuliharanya tidak diberi penekanan. hakikatnya terumbu karang memainkan peranan penting sebagai kawasan sumber makanan yang tinggi produktivitinya serta tempat perlindungan pelbagai jenis ikan dan invertebrata.

Kerana aktiviti manusia seperti perikanan terutamanya penggunaan bahan letupan untuk mengebom ikan penyebab rosaknya kawasan terumbu karang di perairan kita. Terdapat kira-kira 203 spesies haiwan marin dan batu karang terlindung yang terancam dan memerlukan perhatian khususnya aspek penyelidikan dan pemuiharaan.

Terumbu karang adalah sejenis kehidupan yang terbentuk daripada jutaan polip seperti obor-obor terbalik. Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang 46 meter yang ditembusi cahaya matahari yang amat penting bagi pertumbuhannya. Ia mampu membesar dengan cepat dalam air jernih yang ditembusi cahaya matahari serta hidup subur pada suhu 20 darjah celsius hingga 28 darjah celsius.

Diperairan negeri, terdapat tiga jenis batu karang iaitu batu karang jenis berumbai yang hidup di perairan Pulang Talang-Talang dan Pulau Satang. Biasa nya habitat batu karang jenis ini terdapat dengan berhamppiran dengan darataran atau di lagun sempit di antara daratan dengan pantai. Jenis batu karang yang kedua lazimnya di jumpai di perairan negeri Sarawak ialah batu karang berbentuk selusur, hidup di kawasan lagun yang luas dan dalam di antara himpunan terumbu karang dan pantai.
Difahamkan terdapat kira-kira 203 spesies batu karang di perairan Sarawak berbanding 303 spesies di Pulau Calamaia, Filipina dan 315 di Sulawesi, Indonesia, 318 spesies di Teluk Milne, Papua New Guinea dan 331 di Irian Jaya, Indonesia.
sinopsis yang di simpulkan kurangkan aktiviti pencemaran untuk alam laut di perairan. Sayangi alam kedua ciptaan Tuhan yang jarang diketahui ramai.

No comments: